Asssalamualaikum,
Tajuk kali ini mungkin satu tajuk yang SENSITIF sikit.Ini kerana bercerita tentang harga & nilai ni memang sesuatu yang di pandang serius oleh semua lapisan masyarakat.
Setiap orang akan membuat keputusan untuk membeli berdasarkan dari harga & nilai yang tawarkan.Contoh seperti,jika kita nak membeli makanan,kita mesti nak pastikan yang makanan itu sedap dan boleh mengenyangkan perut kita.Tak mungkin kita akan membeli makanan secara membuta tuli dan lepas makan kita tak rasa apa2.
Perkara yang sama juga kita akan buat bila kita membayar sesuatu perkhidmatan.Contoh yang penulis cuba bawak disini ialah seperti menyewa khemah untuk kegunaan majlis.
Ada sebahagian orang merasakan yang tidak perlu membayar perkhidmatan sewa khemah dengan tinggi kerana mungkin pada mereka ia nya hanyalah sekadar khemah yang untuk digunakan untuk tempat berteduh untuk tetamu yang hadir.Ada juga yang mungkin merasakan khemah ini juga hanyalah tempat sekadar untuk menampung jumlah jemputan yang ramai dek kerana keadaan rumah yang tak berapa besar.Ini mungkin sebahagian sahaja.Jadi harga khemah bersama kerusi meja yang biasa ini ,mungkin di tawarkan murah oleh kerana pelanggan cuma memesan khemah biasa yang tidak ada sebarang tambahan dekorasi dan sudah pasti NILAI yang diterima sama seperti kadar HARGA yang ditetapkan.
Berbeza pula dengan setengah golongan lagi.Mereka ini tidak kira untuk membayar dengan kadar apa sekali pun asalkan NILAI yang diterima sama dengan kadar bayaran yang ditawarkan.Contohnya begini,golongan ini menganggap yang khemah dipesan mestilah mengikut tema majlis yang dibuat.Mereka menitik beratkan dari segi kain hiasan khemah,alas meja yang digunakan,kerusi jenis apa yang padan dan juga penambahan kipas air atau penyejuk angin(air cooler).Ini kerana golongan ini suka pada hiasan yang cantik,warna tema yang padan dan berpuashati jika tetamu mereka gembira dengan tempat dan suasana majlis yang meriah dan selesa.
Oleh kerana dengan dua jenis golongan inilah yang membuatkan permintaan khemah yang biasa dan khemah dekorasi ada di dalam pasaran.Justeru dengan itu perniagaan sewaan khemah dan peralatan majlis kita boleh memilih pasaran mana yang nak kita terajui atau masuk.
Takde isu yang timbul berkenaan dengan harga disni.Yang paling utama NILAI yang kita sendiri pilih.Takkan sama makan dikedai mamak dan makan di hotel kan.
Sekian,wasalam.
primaxeventsdnbhd.com.my
Jumaat, 25 Ogos 2017
Selasa, 8 Ogos 2017
DEKORASI KHEMAH
Pelbagai dekorasi khemah yang ada dalam pasaran sekarang.Ini berlaku kerana permintaan yang berbeza beza mengikut citarasa dan bajet pelanggan.
Antara contoh pakej atau set yang ada dalam pasaran sekarang:
1) Pakej Basic - Atau di kenali sebagai pakej asas.Dalam pakej asas ni yang terdapat cume yang biasa sahaja seperti dekorasi kain scale up khemah,meja papan dan alas meja yang biasa serta kerusi plastic yang biasa dan tidak bersarung.Kadang2 kesesuaian pakej basic ni mungkin untuk pelanggan yang cume untuk buat majlis yang biasa biasa seperti kenduri doa selamat,tahlil atau khemah sekadar untuk tetamu rehat2 dari majlis utama.
2) Pakej Medium - Atau di kenali pakej pertengahan.Dalam pakej ini kain scale up di khemah mungkin dekorasi sama seperti basic,tapi mungkin material atau jenis kain itu yang berbeza.Untuk meja pula masih menggunakan meja papan dan alas biasa cume ada penambahan di atas meja dengan (table runner),atau kain alas tambahan atas meja mengikut warna kain scale up.Kerusi pula mungkin di sarung dan di ikat dengan reben juga mengikut warna kain scale up atau tema majlis.Pakej ini antara yang paling banyak permintaan kerana mungkin harga yang berpatutan dan sederhana.Kesesuaian pakej ini pula untuk majlis kahwin,bertunang,cukur jambul dan sebagainya.
3) Pakej VIP - Atau dikenali pakej yang mewah.Dalam pakej ini banyak tambahan dan perubahan yang berlaku.Antara contoh terdapat tambahan kain hiasan lapisan bawah kemah atau di panggil (underlayer).Di bawah underlayer ini bahagian tengah terdapat satu lampu hiasan yang cantik atau nama lain nya ialah "chandelier".Kain scale up pula ada sikit perubahan pada cara dekorasi nya iaitu di ikat pada bahagian setiap penjuru khemah seperti hiasan langsir di rumah.Ada juga yang kain scale up nya yang masih kekal seperti pakej basic dan medium.Meja pula masih menggunakan meja papan tetapi dengan alas meja yang lain sedikit iaitu dipanggil kain damas.Alas ini berbeza dari segi material,die tebal dan juga alas ni terdapat corak bunga bunga pada kain tersebut.Sama juga seperti pakej medium tadi diatas meja dan alas damas tadi mungkin ada tambahan alas lain (overlay) atau juga dipanggil table runner.Untuk kerusi pula ada yang masih kekal dengan kerusi plastic sarung dan reben,ada juga yang pakai kerusi banquet bersarung dan juga reben,dan ada juga yang memlih untuk kerusi yang cantik yang dipanggil "CHAIVARY CHAIR atau 'GARDEN CHAIR".Dalam pakej VIP ini akan terdapat satu kipas industri atau juga yang menambah kipas air atau juga penyejuk angina(air cooler).Ini berbeza dengan pakej asas dan medium tadi kerana terdapat kain hiasan lapisan bawah tadi (underlayer) pada pekej ini yang mana pakej asas dan medium tadi kipas nya adalah kipas siling yang digantung di bahagian atas bawah kemah.
Begitulah serba sedikit pakej pakej yang terdapat pada khemah dengan dekorasi yang berbeza.Setiap pakej sudah tentu setiap harga nya ada perbezaan.Ini terpulang pada pelanggan mengikut citarasa,kesuaian majlis dan juga bajet.Cuma nama pakej yang dinyatakan diatas adalah sebagai nama untuk penulis terangkan perbezaan sahaja.Ini kerana kenbanyakan syarikat sewaan ini meletak nama yang khas untuk pakej pakej mereka sendiri.
Untuk maklumat lanjut dan gambaran lebih terperinci, boleh lah layari laman web primaxevent.com.my atau pergi FB Page www.facebook.com/primaxevent.
Sekian semoga bermanfaat.

Langgan:
Catatan (Atom)