Selasa, 8 Ogos 2017

DEKORASI KHEMAH

Pelbagai dekorasi khemah yang ada dalam pasaran sekarang.Ini berlaku kerana permintaan yang berbeza beza mengikut citarasa dan bajet pelanggan.

Antara contoh pakej atau set yang ada dalam pasaran sekarang:

1) Pakej Basic - Atau di kenali sebagai pakej asas.Dalam pakej asas ni yang terdapat cume yang biasa sahaja seperti dekorasi kain scale up khemah,meja papan dan alas meja yang biasa serta kerusi plastic yang biasa dan tidak bersarung.Kadang2 kesesuaian pakej basic ni mungkin untuk pelanggan yang cume untuk  buat majlis yang biasa biasa seperti kenduri doa selamat,tahlil atau khemah sekadar untuk tetamu rehat2 dari majlis utama.

2) Pakej Medium - Atau di kenali pakej pertengahan.Dalam pakej ini kain scale up di khemah mungkin dekorasi sama seperti basic,tapi mungkin material atau jenis kain itu yang berbeza.Untuk meja pula masih menggunakan meja papan dan alas biasa cume ada penambahan di atas meja dengan (table runner),atau kain alas tambahan atas meja mengikut warna kain scale up.Kerusi pula mungkin di sarung dan di ikat dengan reben juga mengikut warna kain scale up atau tema majlis.Pakej ini antara yang paling banyak permintaan kerana mungkin harga yang berpatutan dan sederhana.Kesesuaian pakej ini pula untuk majlis kahwin,bertunang,cukur jambul dan sebagainya.

3) Pakej VIP - Atau dikenali pakej yang mewah.Dalam pakej ini banyak tambahan dan perubahan yang berlaku.Antara contoh terdapat tambahan kain hiasan lapisan bawah kemah atau di panggil (underlayer).Di bawah underlayer ini bahagian tengah terdapat satu lampu hiasan yang cantik atau nama lain nya ialah "chandelier".Kain scale up pula ada sikit perubahan pada cara dekorasi nya iaitu di ikat pada bahagian setiap penjuru khemah seperti  hiasan langsir di rumah.Ada juga yang kain scale up nya yang masih kekal seperti pakej basic dan medium.Meja pula masih menggunakan meja papan tetapi dengan alas meja yang lain sedikit iaitu dipanggil kain damas.Alas ini berbeza dari segi material,die tebal dan juga alas ni terdapat corak bunga bunga pada kain tersebut.Sama juga seperti pakej medium tadi diatas meja dan alas damas tadi mungkin ada tambahan alas lain (overlay) atau juga dipanggil table runner.Untuk kerusi pula ada yang masih kekal dengan kerusi plastic sarung dan reben,ada juga yang pakai kerusi  banquet bersarung dan juga reben,dan ada juga yang memlih untuk kerusi yang cantik yang dipanggil "CHAIVARY CHAIR atau 'GARDEN CHAIR".Dalam pakej VIP ini akan terdapat satu kipas industri atau juga yang menambah kipas air atau juga penyejuk angina(air cooler).Ini berbeza dengan pakej asas dan medium tadi kerana terdapat kain hiasan lapisan bawah tadi (underlayer) pada pekej ini yang mana pakej asas dan medium tadi kipas nya adalah kipas siling yang digantung di bahagian atas bawah kemah.

Begitulah serba sedikit pakej pakej yang terdapat pada khemah dengan dekorasi yang berbeza.Setiap pakej sudah tentu setiap harga nya ada perbezaan.Ini terpulang pada pelanggan mengikut citarasa,kesuaian majlis dan juga bajet.Cuma nama pakej yang dinyatakan diatas adalah sebagai nama untuk penulis terangkan perbezaan sahaja.Ini kerana kenbanyakan syarikat sewaan ini meletak nama yang khas untuk pakej pakej mereka sendiri.

Untuk maklumat lanjut dan gambaran lebih terperinci, boleh lah layari laman web primaxevent.com.my atau pergi FB Page www.facebook.com/primaxevent.

Sekian semoga bermanfaat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan