Jumaat, 25 Ogos 2017

HARGA & NILAI

Asssalamualaikum,

Tajuk kali ini mungkin satu tajuk yang SENSITIF sikit.Ini kerana bercerita tentang harga & nilai ni memang sesuatu yang di pandang serius oleh semua lapisan masyarakat.

Setiap orang akan membuat keputusan untuk membeli berdasarkan dari harga & nilai yang tawarkan.Contoh seperti,jika kita nak membeli makanan,kita mesti nak pastikan yang makanan itu sedap dan boleh mengenyangkan perut kita.Tak mungkin kita akan membeli makanan secara membuta tuli dan lepas makan kita tak rasa apa2.

Perkara yang sama juga kita akan buat bila kita membayar sesuatu perkhidmatan.Contoh yang penulis cuba bawak disini ialah seperti menyewa khemah untuk kegunaan majlis.

Ada sebahagian orang merasakan yang tidak perlu membayar perkhidmatan sewa khemah dengan tinggi kerana mungkin pada mereka ia nya hanyalah sekadar khemah yang untuk digunakan untuk tempat berteduh untuk tetamu yang hadir.Ada juga yang mungkin merasakan khemah ini juga hanyalah tempat sekadar untuk menampung jumlah jemputan yang ramai dek kerana keadaan rumah yang tak berapa besar.Ini mungkin sebahagian sahaja.Jadi harga khemah bersama kerusi meja yang biasa ini ,mungkin di tawarkan murah oleh kerana pelanggan cuma memesan khemah biasa yang tidak ada sebarang tambahan dekorasi dan sudah pasti NILAI yang diterima sama seperti kadar HARGA yang ditetapkan.

Berbeza pula dengan setengah golongan lagi.Mereka ini tidak kira untuk membayar dengan kadar apa sekali pun asalkan NILAI yang diterima sama dengan kadar bayaran yang ditawarkan.Contohnya begini,golongan ini menganggap yang khemah dipesan mestilah mengikut tema majlis yang dibuat.Mereka menitik beratkan dari segi kain hiasan khemah,alas meja yang digunakan,kerusi jenis apa yang padan dan juga penambahan kipas air atau penyejuk angin(air cooler).Ini kerana golongan ini suka pada hiasan yang cantik,warna tema yang padan dan berpuashati jika tetamu mereka gembira dengan tempat dan suasana majlis yang meriah dan selesa.

Oleh kerana dengan dua jenis golongan inilah yang membuatkan permintaan khemah yang biasa dan khemah dekorasi ada di dalam pasaran.Justeru dengan itu perniagaan sewaan khemah dan peralatan majlis kita boleh memilih pasaran mana yang nak kita terajui atau masuk.

Takde isu yang timbul berkenaan dengan harga disni.Yang paling utama NILAI yang kita sendiri pilih.Takkan sama makan dikedai mamak dan makan di hotel kan.

Sekian,wasalam.

primaxeventsdnbhd.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan